mcmc
Maklumat Pusat Internet

Maklumat NADI

IMG20141218164913  IMG20141218165919  IMG20141218165952  IMG20141218170017

Pusat Sebaran Maklumat Nasional: NADI

merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) degan memberi fokus kepada pemberian Perkhidmatan ICT Kepada Komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Objektif penubuhan NADI adalah untuk merapatkan jurang digital antara komuniti di kawasan luar bandar dan bandar disamping meningkatkan sosio-ekonomi penduduk luar bandar melalui penyediaan kemudahan dan latihan kepada komuniti.

NADI Kuala Gris mula beroperasi pada 18 Januari 2015 adalah kesinambungan daripada projek Perpustakaan Jalur Lebar Kuala Gris yang dinaik taraf menjadi Pusat Internet secara penuh di bawah fasa projek CBL Enhancement.

Dilengkapi dengan 20 buah komputer dengan internet berkelajuan tinggi serta kemudahan Wifi, NADI Kuala Gris juga turut menyediakan perkhidmatan seperti berikut :

Mencetak     (Printing) Fotokopi Laminate
Mengimbas (Scanning) Binding Penggunaan Komputer & Internet
Kelas dan Latihan ICT

Pusat Sebaran Maklumat Nasional beroperasi seperti berikut :

Dibuka pada SETIAP HARI kecuali CUTI UMUM

9.00 pagi – 6.00 petang

Waktu Rehat

 : 1.00 petang – 2.00 petang

Waktu Rehat Hari Jumaat

12.30 tengahari – 2.30 petang

Pusat Sebaran Maklumat Nasional diselia dan diuruskan oleh dua orang petugas iaitu Pengurus dan Penolong Pengurus NADI

Pengurus : Mazwan Izaidi Bin Mokhtar

Penolong Pengurus : Muhammad Khairuzzaman bin Hashim

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi disini:

No tel: 013-3209376 / 018-8741419

E-mail:

m.kualagris@tm.nadi.my

am.kualagris@tm.nadi.my

Alamat nadi

Pusat Sebaran Maklumat Nasional

Bangunan Dewan JKKKP Kampung Kuala Gris,

Dabong, Kuala Krai, 18200,

Kelantan