Pusat Internet 1Malaysia Kuala Gris merupakan lanjutan daripada Projek Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) di Perpustakaan Desa Kuala Gris. Projek tersebut telah dinaik taraf menjadi Pusat Internet 1Malaysia secara menyeluruh dalam Projek CBL-Enhancment dan dikenali sebagai Pusat Internet 1Malaysia Kuala Gris. Pusat Internet 1Malaysia Kuala Gris mula beroperasi pada 18 Januari 2015 dan ber alamat di Bangunan Dewan JKKKP Kampung Kuala Gris,18200 Dabong, Kelantan.
